mari ikut bontot saya :)

Wednesday 27 April 2011

duda dan janda berbaik :)

hey ;) saya rindu awak ! awak dekat sana jangan megatal heh ? aku tahu aku sula kau pakai penyapu heh ! ingatttttttt ! hahaha ! ehh jaga diri elokelok tahu ? belajar rajinrajin tahu ? kalau kau rindu aku kau bukak lah lah blog aku noh ? hang tak ka dak ? haha ! tak tahu lah nak cakap apa , huh ! haa . sedap air tangan kau tau :) hehe , lepas nih mesti aku rindukan suapkan kau ;) ngada nya aku kan ? ada tangan saje jeh nak suruh kau suap . kankan ? haha . ngada nyaaaaa ! tapi sedap tahu . dah lama tak kena suap . haha . agak merepek sikit lah aku nihh . uhh . ehh tengs lah datang rumah zizul hari tu , ingat tahu ? ikan keli tu , haa , ingat gk sambal tu ? haha . tahu ? ingat pic nihh .



ngada kan ? orang yang aku  dukung tu ? hehe

nah duda and janda nak masak 
 pisau and limau tu untuk perah kat mana janda aku :) 
ini dia si janda yang sangat ringat tulang nya , tiada kalsium !



haha ! ingat tahu picture ini si janda ? ingat ! haha . ehh . lagi satu nih untuk kau (aku sayang kau itu jeh) hahaha ! comel tahu ayat tu . haha

Tuesday 26 April 2011

PESAN ROH KEPADA MANUSIA !

dah berhabuk ! fuhh ! fuhh ! lama tak update kan :) haha nahh ! selamat membaca !

Apabila roh keluar dari jasad , ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia . apabila mayat dimandikan , lalu roh berkata : "wahai orang yang memandikan aku , aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaiianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu , mayat pula bersuara sambil merayu : "wahai orang yang memandikan ku , janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas . begitu juga jangan menuangkan air yang dingin kerana tubuh ku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:"demi Allah , wahai orang yang memandikan ku jangan lah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandikan dan dikafankan , telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-mangil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri , anak-anak , isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat .

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah , wahai jelmaanku , aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu , maka janganlah kamu menyakitinya . anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka .  Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahnya dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung , sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anaknya dan sanak saudara buat kali terakhir . sesudah  dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah , roh berpesan :"wahai kekasihku,wahai saudaraku dan wahai anak-anakku , jangan kamu perdaya dunia sebagaimana ia melalaikan aku . sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk wariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku . ada pun di dunia , Allah menghisab amalanku , padahal kamu berasa senang dengan keduniaan . dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku "



.............................................................................................................................................................

letih menaip :) haha ! lain kali sambung lah , banyak lagi lah :) bye .

Sunday 17 April 2011

kisah penguin jantan :)






Apabila tibanya musim sejuk, beribu-ribu penguin akan berbondong-bondong merentasi kawasan Antartika di kawasan kutub selatan bumi untuk mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer. Selama berminggu-minggu berjalan, kadang-kadang sang penguin berenang, meluncur dengan perutnya di permukaan ais. Matlamat mereka hanya satu, menuju ke suatu destinasi yang sama.

Pada akhir perjalanan, sang penguin ini bertemu dengan ribuan lagi spesies yang sama berkumpul di suatu dataran ais yang luas terbentang. Sebenarnya, ada tujuan yang sangat penting di sebalik penghijrahan beramai-ramai penguin ini. Dataran luas tempat mereka bertemu inilah lokasi terbaik untuk si penguin bertelur, menetas dan menjaga anak masing-masing.

Perjalanan memenatkan ini hanyalah sedikit daripada sekalian banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapi penguin demi masa depan anak-anak mereka. Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan. Si betina akan kembali ke laut memburu sotong dan ikan. Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang kerenah.

Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk. Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah celsius di bawah paras beku.

Sepanjang tempoh empat bulan itu, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut ditinggalkan ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja. Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya turun. Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing. Penguin jantan akan berasak-asak menghampiri antara satu sama lain, bagi memanaskan badan mereka.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia. Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah. Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, tetapi si ayah tetap berkorban memberi makan anaknya dari temboloknya. Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya ke mulut anak kecilnya.

Setelah sang betina datang, penguin jantan yng kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan. Setelah kekenyangan, si jantan balik semula menemani penguin betina memberi makan anak mereka bersama-sama.

Sifat penguin jantan yang sabar, penyayang dan romantis menyebabkan haiwan ini jarang bertukar pasangan. Setiap masa, si penguin jantan dan betina sibuk merayu antara satu sama lain, merengek-renget seperti pasangan kekasih sedang mabuk cinta. Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada antara mereka menemui ajal. Ketika itu barulah sang jantan akan jangka hayatnya boleh mencecah 20 tahun, mencari pasangan lain. Sifat penguin yang amat dedikasi, taat setia dan penyayang terhadap anak-anaknya tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun lalu sampailah sekarang.


Sikap-sikap baik dan terpuji yang ada pada si penguin jantan ini seharusnya ditauladani oleh manusia yang bergelar lelaki. Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kita lakukan dan jangan hanya melepaskan semua beban kepada kaum hawa semata-mata.

Friday 15 April 2011

tandatanda hari mati !






Firman Allah SWT bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. 

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

PENUTUP 

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. 

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. 

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

:)

Wednesday 13 April 2011

cinta ibu pada mu ;)




Saya telah menerima satu emel dari seseorang untuk bersama-sama berkongsi cerita ini di blog ini.. Artikel ini adalah tentang pembohongan seorang ibu terhadap anaknya selama lapan kali…. Teruskan membaca..
1. MAKANLAH,IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.
2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN.
Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adik-beradiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkata…Makanlah nak,ibu tidak suka makan ikan.
3. CEPATLAH TIDUR,IBU BELUM NGANTUK.
Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum sambil berkata,…Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi.
4. MINUMLAH,IBU TIDAK HAUS.
Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata….Minumlah nak,ibu tidak haus.
5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI.
Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkata…Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.
6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.
Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit.
7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA.
Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkata…Tak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang.
8. JANGAN MENANGIS,IBU TIDAK SAKIT.
Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya…Penulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkata…Jangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap penciptanya.
Sehingga kini penulis diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.
Sedihkan cerita ni.. Semoga ianya memberi pengajaran kepada kita betapa berharganya kasih sayang seorang ibu.. Sesungguhnya jasa ibu amatlah besar dalam hidup kita.. Kita selalu terlupa dengannya.. Sibuk dengan kehidupan mengejar kekayaan, penghormatan sehingga terlupa insan yang menjaga kita.. Wallahualam..


kejo yop kejo ! selogan kami ! oleoleole ! PERAK sudah mari :)

haha perak menang !  4 - 0  dengan kelantan ? hhaha ! tahniah kepada pasukan PERAK heh ? perak the best ! haha . untuk rakyat kelantan jangan lah nak jadi orang gila sangat heh ? selepas kalah dengan perak :) haha . okay lah , tak tahu cerita :) sebab tak pegi pon stadium semalam . sebab ? banyak sebab lah , first lepak dengan ex , second terlupa , third tak pandai main bola , fourth tak minat bola ! minat buat liputan dalam blog jeh :) hehe

Sunday 10 April 2011

makin hari makin seronok dengan diri aku :) haha . sebab saya tidak perlu ikut cakap awak lagi :) saya bebas lah ! huhu :( tapi dalam bebas ada sedih jugak lah . haha , tapi tak pelah kan , awak tetap jadi kawan saya kan ? kawan baik lagi kan ? haha , tapi ada orang kata , dah break sudah lah buat apa nak  jumpajumpa segala ? huh ! ayat kau macam orang bodoh kambing lah kan ? lepas break , tak boleh jumpa dah lah kan ? kena jauh kan diri lah , huh ! series macam orang yang TERLAMPAU BODOH :) sorry , *pett . siapa bau ketiak dia yang rasa pening nya okay ? haha , haa sambung jum ? haa , terkejut lah dengan kau , macam aku pulak yang curang dengan kau kan ? sampai tak payah jumpa segala , haihh , susah lah ada orang macam anda di bumi nyata ini :) kan nabi ada habaq kat ampa semua , tak baik gaduh selama 3hr ? apa lah hampa nih ! tak betui ke tak aku cakap nih , haa , haha , padahal aku tada masalah dengan ex-gf aku pon , huh ! kita orang baik jeh , tapi sukasuka nak break lah ,sebab nak buang rasa jemu jeh :) haa , sekian dari saya AMIRULHAKIMBROSLI :) ingat ! siapa bau ketiak dia yang terasa pening heh ?

Saturday 9 April 2011

tali gantung !



Antara kenangan yang tak dapat aku lupakan sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah adalah ‘peluang’ untuk mewawancara banduan yang bakal menjalani hukuman gantung
Dalam penjara, mereka ini dikenali sebagai BA atau banduan akhir.
Mungkin ramai yang tak tahu, BA actually diberi sedikit keistimewaan oleh pihak pentadbiran penjara, antaranya termasuklah tak perlu berkongsi bilik bersama banduan lain.
Malah sel mereka agak luas dan bersih, tak perlu bekerja di bengkel dan diberi peluang untuk membawa bahan bacaan ke dalam bilik.
Mereka juga tak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan, bahkan aku juga difahamkan wadar akan pejam ‘sebelah mata’ jika BA melanggar peraturan penjara selagi ia tidak memudaratkan keselamatan.
bagi banduan-banduan lain, BA adalah ‘anak emas’, tetapi macam biasalah, BA juga adalah banduan yang paling ketat kawalan keselamatannya.
BA tidak boleh bercampur dengan banduan-banduan lain, masa riadah juga sangat terhad dan pergerakan mereka hanya terbatas di blok masing-masing
Jika hendak ke mana-mana, BA akan dikawal ketat oleh pasukan elit, Unit Khas Penjara atau UKP.
Aku tidak berhasrat nak ulas lebih-lebih pasal BA kerana ia adalah rahsia yang tidak boleh dibocorkan sewenang-wenangnya
Apa yang nak aku ceritakan di sini adalah kisah seorang BA yang tak putus-putus bersyukur kerana dijatuhkan hukuman gantung.
Bagi aku dialah banduan paling pelik yang pernah aku temubual sepanjang bertugas sebagai wartawan jenayah
“Abang, siapa yang tidak takut bila mengetahui dirinya akan menemui mati di tali gantung, tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya dah tahu bila saya akan mati
“Pernah tak abang terfikir, elok dok bergembira dengan kawan-kawan tiba-tiba abang diserang sakit jantung dan terus ‘jalan’
“Pernah tak terfikir waktu kita masuk tidur tiba-tiba esok rupanya kita dah dalam liang kubur kerana mati mengejut
“Sekurang-kurangnya bila bergelar BA, saya dah tahu yang saya akan mati dalam tempoh terdekat, seperti sekarang, saya dah tak tinggal solat dan beribadat semahu-mahunya
“Saya rasa bahagia sangat ketika ini, malah saya juga redha sekiranya ditakdirkan esok saya diperintahkan menemui Tuhan,” katanya sambil tersenyum.
Bila difikirkan semula, memang betul apa yang banduan tu katakan tadi.
Pagi ini aku dikejutkan dengan berita seorang sepupu ku meninggal dunia. Masih muda, umurnya baru dalam lingkungan 30-an.
Dia juga sangat aktif bersukan malah aku difahamkan allahyarham sering berbasikal ke tempat kerja dalam usaha untuk menjaga kesihatannya.
Malam tadi dia sempat berbual dengan ibunya sebelum meminta izin untuk tidur, malangnya apabila dikejutkan oleh ibunya untuk bersarapan pagi tadi, dia rupanya sudah tidak bernyawa lagi
Aku terus teringat kisah aku mewawancara BA bila melawat jenazah sepupu aku tadi
Lebih sayu lagi bila aku terdengar imam membaca talkin di kuburnya,
“Sesungguhnya mati itu benar, azab kubur itu benar, neraka itu benar dan syurga itu juga benar”

Thursday 7 April 2011

minta maaf :')

sayang :') sorry sangatsangat , tak sengaja , SUMPAH aku tada niat doh . sorry . aku tak boleh tidur pikir pasal tadi . sorry ! sorry ! sorry ! sorry ! and sorry ! aku tak sedar time tu , tibetibe aku rasa lain macam then aku 5puluh5puluh , ehh sorry ! aku sedar time kau cakap ehh ! kau jangan ***** lah ! sorry sangat ! aku tada niat :'( . aku sayang kan kau . sorry ! tapi aku nak kata kan sorry banyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyakbanyak kali . aku tada niat doe ! sorry ! sorry lah heh ?

Monday 4 April 2011

cikgu sekolah ku yang kejam :)

dalam ramairamai anak murid cikgu , saya sorang lah yang selalu yang kena dengan nya , barubaru nih saya kena lagi dengan si cikgu nih , bukan nak aib kan cikgu saya , tapi just nak bercerita semua benda yang dia buat dekat kitaorang  , kitaorang gelarkan cikgu saya nie FUNGI + PUMGUN . fungi ni seorang cikgu yang tidak berperimanusian kepada pelajarpelajar nya , banyak memaki hamun pelajarplajar di SMKJ , contoh maki makian : bodoh , bangang , tada otak , mak bapak tak pernah ajar , dan barubaru ini , dia maki SEMUA PELAJAR DI DATARAN TEMPAT PERHIMPUNAN PAGI DIA TELAH MENYUMPAH SEMUA PELAJAR SEKOLAH JATI INI MACAM "CELAKA" pada hari ini saya telah membuat satu kes besar ? tapi saya rasa takda lah besar sangat , saya just pegi ke BILIK GURU UNTUK TANDA TANGAN BORANG SPM , niat dalam hati saya betulbetul baik untuk menanda borang tersebut , tibatiba saya diekori oleh fungi  , dan fungi menejur saya secara perli saya , kata nya "KAMU TIDAK PAYAH SAIN BORANG SPM PON TAPE , KAMU TIDAK LAYAK UNTUK AMEK SPM PON TAKPA SAMBIL PEGANG LEHER SAYA DARI BELAKANG DENGAN PENUH DENGAN GERAM KEPADA SAYA , tetapi ketika itu cikgucikgu lain tidak perasan kerana kononnya fungi itu mengurut leher saya , saya hanya bersabar ketika itu , lepas itu fungi menarik saya ke luar untuk memotong rambut saya , saya dengan penuh kerelaan pergi lah , ketika fungi memotong rambut saya , dia KUTUK MENGUTUK MAK BAPAK SAYA , lepas dia mengutuk mak bapak saya , takan saya nak diam ? saya mermerli fungi balik , selepas saya mermerli fungi , dia terus mencekik saya dengan muka angkuh sekali ! selepas dia mecekik saya , saya melawan , saya cakap itu jeh yang fungi boleh buat ? kemudian dia menarik saya pergi ke belakang bilik guru dan dia mencekik saya dengan kejam dan menghantukkan kepala saya di dinding sebanyak 5-6 kali , ketika itu ramai cikgu sudah bangun untuk menenang kan fungi itu , tetapi tidak membuahkan hasil kerana fungi sudah berhenti memukul saya , hati fungi yang tidak tahu akan kesakitan seorang pelajar , itu menarik saya dalam sebuah bilik yang jauh dari bilik guru , dan memukul saya tanpa belas kesian . dia memukul saya kerana saya mempertikai pasal fungi itu , nanti saya tulis dialog saya dengan fungi iu , haa , lepas puas dia memukul saya , dia  maki saya kenapa kamu ni CELAKA sangat ! sedangkan makbapak saya tidak pernah mendoakan KECELAKAAN kepada saya ,


fungi:kanapa kamu ni celaka ?!
saya:sebab cikgu dah mendoakan satu sekolah CELAKA ! termasuk saya telah tercelaka ,
fungi:masa bila saya mendoakan sekolah ini celaka ?! masa bila ! sambil menampar saya ,
saya:ada yang cikgu marahmarah pelajar kerana gelakgelak di perhimpunan ,
fungi:senyap dan memikir ayat ,
saya:kenapa diam ?
fungi:ubah topik , kamu nie banyak di beri peluang masih di sekolah , kalau di ikutkan , kamu dah dibuang! dari dulu sampai sekarang sama jeh !
saya:maksud ? saya jahat dari dulu ? kalau saya buat baik , cikgu tidak pernah nak pandang , malah lagi cari masalah yang saya buat , sebab  tu saya sama dari dulu dan sekarang !

ahh , letih nak berdialog !

cerita jelah ,
sambunggg :)
apa kegunaan cikgu di sekolah ? untuk menjadi contoh kepada pelajarpelajar di sekolah kan ? adakah patut seorang cikgu menyumpah anak murud nya yang tidak bersalah dan bersalah CELAKA ? apakah maksud celaka yang seberna nya ? baik ? pandai ? bijak ? patut kan seorang itu mengutuk ibubapa kita sesuka hati sambil gelakgelak ? jika anda semua jadi serperti saya apakah tindakan anda ? kenapakan PENGETUA sekolah tidak membuang cikgu tersebut ? haihh , malah saya yang di ugut untuk di buang sekolah :( kenapa saya tidak report ? kalau saya report pon perangai cikgu tersebut , mati hidup balik pon PENGETUA  salahkan saya , sebab sebelum nie saya dah cuba bua report , nih nak cuba buat report dekat JPN (JAMBATAN PELAJARAN NEGERI) kalaukalau dyorang dapat mendengar luahan hati aku ? untuk cikgu azah dan rozelan , terima kasih kerana menasihati saya dengan cara yang sangat baik :) sebak saya ketikaa cikgu azah menasihati saya sambil menepuknepuk badan saya , TERIMA KASIH , terimakasih juga kepada cikgu rozelan kerana bagi borang merit :) untuk saya membuat kebaikan,

Friday 1 April 2011

this is my story :)

 ini adalah kisah saya :)
www.this-is-my-story.com/v/E1XJZZ8L63W8

asrama :)

  ASRAMA
Assalamualaikum.....Sebenarnya aku dah lali dengan cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk ruangan Xpoi ini.
Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.
Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.
Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......
Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.
Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.
Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.
Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.
Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.
Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.
Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.
Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.
Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.
Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.
Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Wallahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga

entries

cerita saya ;)