mari ikut bontot saya :)

Friday, 1 July 2011

SMS dari kubur .

JERTIH: "Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini." Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,

Friday, 24 June 2011

kisah ibu :'(

 Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari.

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya.

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru.

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu.

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira.

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris.

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu.

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya.

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya.

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu.

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan.

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai.

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya.

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang.

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya.

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru.

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira.

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata.

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya.

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu.

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini.
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan.

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada pemuda yang menyamar sebagai syaitan. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan.

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan.

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya.

ila bella yang sebenar ?

ila bella ? siapakah ila bella ? ila bella ada lah perempuan yang paling hot lah dalam kalangan remaja . wajah ila bella ?



waa -.- sape yang tengak muka dia pasti memikat hati kan ? uhh . yerkk . 


haa . ini gambar kelas dia :) korang cari lah mana ila bella . ada tak ? hmm . ada ? HAHA
ada lah yang comelcomel tu . haihh jap aku bagi korang nampak heh ? :)



haa . nampak tak ? tu comel kan dari yang gambar palsu ? -.- haa . muka suci jeh kan ? huh . okay lah .
untuk adik ila bella jangan lah curi muka orang tahu ? tak baik lah . kalau nak curi kan ? curi lah pic artisartis yang hot kan ? huh .

okay lah . sekian :)

Wednesday, 22 June 2011

saat aku di talkinkan .

Semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah. "ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. Jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! .

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.

Saturday, 21 May 2011

surat ohh surat :)



 kehadapan bapak kau yang dikasihi :) *cehh relax jangan marah . haa . bercakap topic surat pada hari ini kerana ? aku and SNA sekarang suka mainmain surat . maklum lah dah jauh kan ? haa :) macammacam kan ? haha . bia lah kan ? aku nak besurat ke , berkertas ke ? tak menyusahkan bapak kau pon kan ? haa . haha , seronok jadi orang kuno nih . fungsifungsi surat :)

*tahan lama : tada lah macam MSG dalam phone . bila dah cukop mampat untuk meletup . korang delete MSG korang kan ? haa .
*kenangan : surat boleh buat kenangan tahu ? haa . macam mak bapak korang duludulu lerr . si romeo and juliet . haa . haha .
*lagi satu . korang akan dapat satu perasaan yang seronok sangatsangatsangatsangat bila hantar surat ! haa . tak percaya sila tanya http://miropika.blogspot.com/ haa :)

okay cukup setakat di sini . sekian terima kasih :) *berikan tepukan yang gemuruhh !

orang kunang! orang kunang!


assalamualaikum

tetibe excited gila dengan orang kuning kan
yela sebab aku salah seorang pengguna DIGI EASY PREPAID!!



saje nak gebang kat korang yang aku guna DIGI sekarang. woi! bia la aku nak guna digi ke celcom ke hotlink ke maxis ke eh hotlink dengan maxis same la. whatever la kan duit aku suka aku la. fine! yang kau nk emo sangat apesal nie akem ? lepak chill relax la bhai. hehe!

aku da jadi pengguna digi baru je 2bulan. meh aku bagitaw korang sebab musabab aku guna DIGI.

1. sangat murah dan berbaloi2 bagi manusia yang KEDEKUT macam aku nie -___-

2. line penuh kalau kat kampung. korang xpayah susah2 nak panjat pokok segala carik line. kalau guna digi line sentiasa ada. silap2 kalau xde line ORANG KUNING digi tuh datang kat korang bagi line. fine! GEBANG lagi.

3. Digi pun de FRIEND FINDER la. servis dia same je cm hotlink tuh. so korang xyah risau ok kalau korang pakai digi pun korang tetap taw lokasi awek korang CURANG dengan jantan lain. korang bolah la terjah dia senyap2! jeng~jeng~jeng

4. bubble talk. fungsi bubble talk nie sama je macam korang hantar sms juz dia dirakam dalam bentuk suara. so kot2 la kan tiba2 korang rindu setengah mati kat pkwe/mkwe korang so korang boleh la suruh diorang hantar pesanan suara diorang dalam bentuk suara untuk melepaskn rindu. tapi korang janganla lelebih pulak kn pegi hantar rakaman suara yang entah hape2 memang nak makan penyepak cap kaki tiga la kan. heh!

5. free call dan sms kepada 3 BUDDYZ anda. buddyz nie macam aktif 5 kat hotlink tuh. yang membezakannya adalah kalau BUDDYZ nie free call free je ble2 mse xde had. so kelebihan bagi couple yang suke call doplo pat jam tanpa henti korang boleh la call pasangan korang tanpa henti sebab servis dia free dan agak2 la kalau  telinga tuh da lebam asyik letak dekat telinga je korang boleh la pulak msg pasangan korang sampai bengkak jari pulak dan henpon korang jammmmedddd!! hehe. kalau aktif 5 pulak kol kena bayar cuma harga murah sikit then sms pun kene bayar tp 1 sen je kn. cuba bandingkan dengan DIGI. nmpak perbezaannya??..

lagi satu sebab utama aku guna digi nie ialah puan SNA pun guna digi so dia la buddyz aku yang pertama. hehe. memudahkan kerja dia nk kol aku lelme kn. sebabnya dia nie bukan jenis yang suka mesej punya orang dia lagi suka kol alasannya penat nak menekan key pad henpon tuh lelme. timing free kol pun kena dengan timing dia sebab biasanya dia xkn mesej aku 1 ary tuh buzy dengan rutin dia sampai la pukul 12 tengah malam barula dia kol aku. lepas rindu!! hehe.

yeah!! terima kaseh si gemuk
u rawk my day yeahhhh!!
tehee~

ok sampai sini dulu nak g mencekik.
bye u olls!!
take care.. ^^

Monday, 16 May 2011

dah update dah ,

Foto2 Hukuman Hudud

Ini foto hukuman rejam sampai mati di Somalia yang dipost oleh seorang kawan Melayu di Malaysia kepada saya :
Si pesalah di tanam separuh badan.

Beliau diingatkan untuk bertaubat dan mengucap Kalimah Syahadah sebelum menemui ajalnya.

Si pesalah terus mengucap Kalimah Syahadah. Tanda jari telunjuk tersebut adalah kebiasaan orang Arab ketika mengucap bermakna “hanya Allah yang SATU” (tanda TAUHID/ESA) dalam lafaz “Tiada Tuhan Melainkan Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah“.

Ketika direjam oleh sebahagian lelaki Islam sambil sebahagian yang lain menyaksikan hukuman tersebut demi mengambil pengajaran dan keinsafan.

Setelah menjalani hukuman rejam sampai mati. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun.

 Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa si pesalah di atas yang dilakukan sepanjang hayatnya, dimasukkan ke dalam SyurgaNya dan semoga Allah menjauhkan saudara-saudara seIslamnya dari maksiat-maksiat yang terkutuk. Ameen.
Setelah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Maiz mati direjam kerana kesalahan berzina dengan seorang sahibiah bernama Ghamidiah, Rasulullah saw bersabda, Laqad taba, lau wuziat taubatahu ila ahlil madinah lakafat” (Sesungguhnya Maiz telah bertaubat, dan jika taubatnya dibahagi-bahagikan kepada seluruh penduduk Madinah, nescaya ia mencukupi untuk mereka semua).

“Dan orang-orang yang mencuri, lelaki dan wanita, potonglah tangan mereka, sebagai hukuman terhadap apa yang telah mereka lakukan. Ia sebagai balasan dari Allah. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sesiapa yang bertaubat setelah (melakukan) kezalimannya dan membaiki dirinya maka sesungguhnya ALlah memberi taubat kepadanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Al-Maidah:38 – 39)

Hukum hudud potong pergelangan tangan kerana kesalahan mencuri.
Di Negara-negara Sekular, seseorang boleh mencuri secara terhormat seperti pecah amanah wang simpanan ratusan juta ringgit, kemudian memindahkan secara membahagi-bahagikan wang tersebut kepada suku sakatnya menjadikan mereka sekumpulan jutawan sekelip mata. Apabila beliau dihukum penjara atau denda dan tidak dapat membayar dendaan tersebut, beliau di istihar “Muflis” dan mungkin dipenjarakan untuk sesuatu tempoh. Apabila tamat tempoh penjara, beliau melangkah keluar dari penjara sebagai seorang jutawan lagi menjutawankan orang lain. Suku sakat jutawan beliau boleh memulangkan sepenuh atau sebahagian dari jutaan wangnya dengan cara halus mengikut perjanjian dan terma yang mereka sepakati bersama. Demikian berbilion wang rakyat dilesapkan sepanjang masa. Di dalam Islam, jika sabit kesalahan seperti itu, beliau akan kehilangan tapak tangannya kerana dipotong, dan hutangnya jatuh ke tangan warisnya dalam hal-hal tertentu.

Seorang pesalah sedang dipancung. Pedang telah diangkat betul-betul di atas tengkuk. Kelihatan seorang lagi pesalah (berpakaian putih) telah dipancung lehernya.

Kedua-dua pesalah telah dipancung.
Pada Musim Haji 2007M/1428H yang lalu ketika di Madinah saya sempat melihat perkumpulan manusia di satu padang untuk menyaksikan hukuman pancung, katanya akan berlangsung pukul 11.00 pagi. Malangnya apabila saya balik ke hotel untuk mengambil kamera video dan tiba di tempat tersebut pukul 10.30 pagi, hukuman tersebut telah pun dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi sebenarnya. Yang ada di situ ialah tompokan-tompokan darah yang sedang dipancutkan air ke atasnya oleh para pekerja.


Monday, 2 May 2011

air ketum :)

*dekat kampung .

ehh pagi hari sabtu hari tu aku cuba lah nak try (AIR KETUM)  dekat sekiansekian . aku keluarkan duit RM5 untuk membeli sebungkus air ketum . lepas beli tuh . aku seronok sangatsangat lah kan sebab first time dapat rasa air ketum . 3gelas aku sapu tahu ? lepas aku sapu air tu . aku dah start peningpening jalan pon jatuhjatuh macam gempa bumi jelah . huh ! lepas tu kitaorang tak sedarkan diri langsung ! 50-50 lah , huh ! 24jam kitaorang tertido . sedaramara ***** semua cakap "nah nak sangat ketum nya , nih lah ketum . hahah . dyorang gelakgelak , huh ! SUMPAH serik ! lepas tuh ada yang cakap "nak ke pakcik belikan lagi ? pakcik belanja ! huh ! tanatana ! kitaorang dah serik , korang dekat luar sana jangan meniru aksi ini tahu ? bahaya :) haha . kitaorang cuba sebab kitaorang taksub dengan cara hidup orang kampung :) haha . bukan setakat air ketum saja dadah semua korang jangan lah test ! tahu ? tak kesian dekat mak bapak korang ke ha ? huh !




jangan meniru aksi terlampau ini :)

taiping ;)

huh penat semalam kan ? semalam dan semalam haha ! hari jumaat lepas aku pegi taiping dengan abang kacak aku , yang botak tu , si edden lah kan ? comelcomel tu . time kitaorang ontheway ke sana napak pakcik and isteri dia sedang mengayuh moto dyorang :) haha . kitaorang yang baik hati nih kan ? kita orang berhenti then tanya pakcik tu . aku cakap macam nih dekat pakcik tu , (woi tua ! ape kena dengan moto kau!)haha tada lah , kitaorang cakap baikbaik lah macam nih (pakcik oh pakcik yang comelcomel anjeanje tuh , kenapa dengan moto pakcik ?)pakcik tu cakap rosak lah dik , takpe bia saya bantu (macam aku tahu repair jeh) lepas kitaorang merosakkan lagi moto pakcik tu , aku cakap  "saya tak tahu lah pakcik :') haha , hampas nya aku nih kan ? tak tahu repair buat macam tahu ! HAHA . lawak . time kitaorang dah gerak dari pakcik tu , moto kitaorang pulak rosak =.=" tapi ada ramai orang tolong tahu ? haha ! terima kasih kepada orang yang menolong kitaorang tu heh ? sekian .

Wednesday, 27 April 2011

duda dan janda berbaik :)

hey ;) saya rindu awak ! awak dekat sana jangan megatal heh ? aku tahu aku sula kau pakai penyapu heh ! ingatttttttt ! hahaha ! ehh jaga diri elokelok tahu ? belajar rajinrajin tahu ? kalau kau rindu aku kau bukak lah lah blog aku noh ? hang tak ka dak ? haha ! tak tahu lah nak cakap apa , huh ! haa . sedap air tangan kau tau :) hehe , lepas nih mesti aku rindukan suapkan kau ;) ngada nya aku kan ? ada tangan saje jeh nak suruh kau suap . kankan ? haha . ngada nyaaaaa ! tapi sedap tahu . dah lama tak kena suap . haha . agak merepek sikit lah aku nihh . uhh . ehh tengs lah datang rumah zizul hari tu , ingat tahu ? ikan keli tu , haa , ingat gk sambal tu ? haha . tahu ? ingat pic nihh .



ngada kan ? orang yang aku  dukung tu ? hehe

nah duda and janda nak masak 
 pisau and limau tu untuk perah kat mana janda aku :) 
ini dia si janda yang sangat ringat tulang nya , tiada kalsium !



haha ! ingat tahu picture ini si janda ? ingat ! haha . ehh . lagi satu nih untuk kau (aku sayang kau itu jeh) hahaha ! comel tahu ayat tu . haha

Tuesday, 26 April 2011

PESAN ROH KEPADA MANUSIA !

dah berhabuk ! fuhh ! fuhh ! lama tak update kan :) haha nahh ! selamat membaca !

Apabila roh keluar dari jasad , ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia . apabila mayat dimandikan , lalu roh berkata : "wahai orang yang memandikan aku , aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaiianku perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirehat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu , mayat pula bersuara sambil merayu : "wahai orang yang memandikan ku , janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas . begitu juga jangan menuangkan air yang dingin kerana tubuh ku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".Apabila dimandikan,roh sekali lagi merayu:"demi Allah , wahai orang yang memandikan ku jangan lah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandikan dan dikafankan , telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-mangil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri , anak-anak , isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat .

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah , wahai jelmaanku , aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu , maka janganlah kamu menyakitinya . anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka .  Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahnya dan aku tidak dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung , sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anaknya dan sanak saudara buat kali terakhir . sesudah  dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah , roh berpesan :"wahai kekasihku,wahai saudaraku dan wahai anak-anakku , jangan kamu perdaya dunia sebagaimana ia melalaikan aku . sesungguhnya aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk wariskan dan sedikit pun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku . ada pun di dunia , Allah menghisab amalanku , padahal kamu berasa senang dengan keduniaan . dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku "



.............................................................................................................................................................

letih menaip :) haha ! lain kali sambung lah , banyak lagi lah :) bye .

Sunday, 17 April 2011

kisah penguin jantan :)






Apabila tibanya musim sejuk, beribu-ribu penguin akan berbondong-bondong merentasi kawasan Antartika di kawasan kutub selatan bumi untuk mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer. Selama berminggu-minggu berjalan, kadang-kadang sang penguin berenang, meluncur dengan perutnya di permukaan ais. Matlamat mereka hanya satu, menuju ke suatu destinasi yang sama.

Pada akhir perjalanan, sang penguin ini bertemu dengan ribuan lagi spesies yang sama berkumpul di suatu dataran ais yang luas terbentang. Sebenarnya, ada tujuan yang sangat penting di sebalik penghijrahan beramai-ramai penguin ini. Dataran luas tempat mereka bertemu inilah lokasi terbaik untuk si penguin bertelur, menetas dan menjaga anak masing-masing.

Perjalanan memenatkan ini hanyalah sedikit daripada sekalian banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapi penguin demi masa depan anak-anak mereka. Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan. Si betina akan kembali ke laut memburu sotong dan ikan. Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang kerenah.

Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk. Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah celsius di bawah paras beku.

Sepanjang tempoh empat bulan itu, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut ditinggalkan ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja. Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan berkorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya turun. Sepanjang empat bulan itu, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama sambil membawa telur di kaki masing-masing. Penguin jantan akan berasak-asak menghampiri antara satu sama lain, bagi memanaskan badan mereka.

Akhir musim sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia. Tapi, si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah. Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, tetapi si ayah tetap berkorban memberi makan anaknya dari temboloknya. Pada saat itulah, sang penguin betina kembali ke daratan setelah empat bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya ke mulut anak kecilnya.

Setelah sang betina datang, penguin jantan yng kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan. Setelah kekenyangan, si jantan balik semula menemani penguin betina memberi makan anak mereka bersama-sama.

Sifat penguin jantan yang sabar, penyayang dan romantis menyebabkan haiwan ini jarang bertukar pasangan. Setiap masa, si penguin jantan dan betina sibuk merayu antara satu sama lain, merengek-renget seperti pasangan kekasih sedang mabuk cinta. Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahun sehinggalah ada antara mereka menemui ajal. Ketika itu barulah sang jantan akan jangka hayatnya boleh mencecah 20 tahun, mencari pasangan lain. Sifat penguin yang amat dedikasi, taat setia dan penyayang terhadap anak-anaknya tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun lalu sampailah sekarang.


Sikap-sikap baik dan terpuji yang ada pada si penguin jantan ini seharusnya ditauladani oleh manusia yang bergelar lelaki. Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kita lakukan dan jangan hanya melepaskan semua beban kepada kaum hawa semata-mata.

Friday, 15 April 2011

tandatanda hari mati !






Firman Allah SWT bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. 

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

PENUTUP 

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. 

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. 

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

:)

entries

cerita saya ;)